Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong atau lebih dikenali dengan EGO . Lagi besar Ego seseorang,Lagi besarlah marahnya. Setiap orang semestinya ada sifat pemarah tetapi bagaimana pula seseorang itu mengawal sifat pemarahnya. Jika tidak mengawal sifat pemarah ini mungkin buruk padahnya seseorang itu mungkin akan dicop dan dilabel sebagai seorang yang panas baran, kaki pukul,ganas jahat dan lain-lain lagi. Woo takunya Rk kalau Rk ada mengenali orang yang sebegini.
Agaknya macam mana korang semua mengawal kemarahan korang yer ??! Hurmm bukan apa.ada satu hari ni kawan Rk ni datang pada Rk dan dia bertanya macam mana hendak mengawal dan mengurangkan kemarahan dia.
Pelik dengan soalan kawan Rk tu. Dalam fikiran Rk.Rk pun terfikir jugak macam mana Rk kawal kemarahan Rk. Sebab kadang-kadang Rk juga terasa Rk ni 'Hot tempered' juga bila ada yang tak kena mula la Rk meradang. Alaaa manusia biasalah kadang-kadang akan rasa gembira.sedih kecewa,marah dan macam-macam lagi. Lumrah alam.... hehe
Jawapan Rk pada kawan Rk adalah sentiasa bersolat dan berdoa dan jangan sesekali "Skip' solat kerana solat itu wajib tau korang :'). Si kawan Rk ni mula bercerita katanya dia sejak akhir-akhir ni kemarahan dan sakit hati dia semakin menjadi-jadi. Katanya baru tersedar yang dia ditipu kekasihnya yang disangkakan bahagia ke akhir hayat tapi hujan pulak di tengahhari. Hurmmm kesian Rk dengar cerita dia. Rasa takut pulak nak bercinta dan kawen beb!
Kawan Rk kata,dia ni kalau tension dia lebih suka dengar lagu kuat-kuat. Biasanya pilihan lagu macam lagu orang "Engglish" macam Lady Gaga ke , Miley Cyrus ke dan macam-macam lagi. Tapi bila dah terlalu semak dan sesak asyik terpikir ditipu bekas kekasih lama dia je.dia akan mula dengar lagu nasyid dan zikir-zikir yang dipasang. Katanya kemarahan dia akan reda sedikit. Tapi bila teringat,marah tu datang balik
Adoii susah jugakkan nak kawal kemarahan ni. Rk cadangkan dia supaya dia ambil cuti yang panjang biar masalah yang serabut di kepal dapat diselesaikan. Rk juga cadangkan dia supaya bercuti di pulau-pulau, pantai,air terjun atau balik kampung dan lepak brrsama keluarga adalah lebih afdal kerana keluarga lebih memahami situasi yang kita hadapi adalah lebih baik berkongsi bersama keluarga bukan untuk membuatkan ibu ayah kita pening kepala dengan masalah kita tapi sekadar meminta pendapat dan nasihat. Iyalah meraka kan terlebih dahulu makan garam daripada kita.betul tak?
Lagi satu, apa yang Rk ingin katakan adalah bersabar dan memaafkan. Dan percayalah bahawa balasan bagi orang yang memaafkan di akhirat kelak lebih besar dan kekal. Percaya pada janji Tuhan. Memanglah sekarang kita akan rasa sakit hati. Marah. Seksa . Perit yang melampau-lampau tapi kalau kita reda dengan segala ketentuan yang terjadi pada kita.kita akan rasa tenang dan kepala pun tak serabut. Janganlah terlalu memikirkan hal yang yang dah lepas jadikan ia satu pengajaran dan sentiasa berwaspada. Tak salah kalau menoleh ke belakang tapi hendaklah sentiasa beringat dan berwaspada.
Sekian sahaja takzirah Rk untuk kali ini.
Selamat Tinggal ! Jaga Diri ! Jumpa Lagi
Assalammualaikum ....
Saturday, January 4, 2014
Bila Kemarahan Memuncak
Labels:
1/1/2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment