Assalammualaikum...
Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan . Malah setiap perubahan itu pasti memerlukan satu tekad dan pengorbanan yang besar . Perubahan dari sesuatu yang buruk kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang terbaik adalah satu yang dituntut . Saya bukan mahu mengambil langkah drastik sebaliknya saya telah lama ingin melakukan perubahan dalam hidup :). Cuma saya ingin benar-benar bersedia dan tidak mahu melakukan dalam keadaan yang terburu-buru. Bimbang nanti hati tidak kuat dan perubahan yang dilakukan hanya bersifat sementara . Oleh sebab itu . Saya sentiasa berdoa biarlah perubahan ini berpanjangan dari sehari ke sehari saya ingin terus berubah menjadi menjadi muslim yang sejati .
Memang benar tentang mimpi tersebut. Saya mendapat mimpi hari kiamat beberapa kali dalam masa tiga bulan dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir . Malah perkara itu sering membelenggu hidup saya. Setiap hari saya terfikir tentang mimpi-mimpi yang saya alami itu .Ia menguatkan lagi tekad saya untuk berubah dan memang benar, kini saya rasa lebih tenang. Bukan itu sahaja . Saya juga sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup lagi didunia ini untuk berubah dan belajar tentang agama dengan lebih mendalam sebelum terlambat .
Saya Berubah kerana kesedaran diri sendiri dan bukan kerana sesiapa . Walaupun bagaimanapun saya akui ada juga orang kata saya mungkin naj berumah tangga dan kerana itu bertukar imej . Namun semua itu ini . Apapun sekali apa orang kata . Itu semua tidak benar . Hah dan kini saya masih single serta masih belum mimikirkan soal cinta ataupun perkhawinan . Terlalu jauh . Terlalu muda . Riezman nak fikir srmua itu . Tak masuk akal langsung :) ! Biarlah saya belajar dahulu sementara umur masih muda . Tak perlu nak bercinta dengan umur yang tidak seberapa :). Biarlah saya mencari dahulu apa yang petlu dicari selama ini serta menambah ilmu apa yang kurang. Saya ingin belajar sebaik mungkin untuk menjadi khalifah yang baik dimuka bumi ini..
Assalammualaikum.. Dan Selamat Srjahtera
Jumpa Lagi :**
Tuesday, December 17, 2013
Riezman Ingin Dan Cuba Praktis Untuk Berhijrah ;')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment