Sebrnarnya terlalu ramai yang mahu menjadi popular . Tidak perlu menfitnah sesiapa . Bukan sekarang sahaja . Sejak dulu lagi . RK bersyukur kerana mrnjadi seorang manusia yang biasa . Pelbagai perkara sudah Rk lihat yabg dilakukan dalam mencari glamor ini . Ada yang sangup melakukan apa sahaja . Asalkan menarik perhatian orang .
Agaknya dunia hot ini terlalu meggamitkan sehingga mereka sanggup melihat anak mereka ponteng sekolah . Tercicir dalam pelajaran demi mengejar glamor . Ramai oramg sering berangapan menjadi artis atau orang popular boleh menjadi kaya cepat . Ia juga tiket untuk hidup mewah dan senang kerana bila bergelar artis akan menjadi buruan orang-orang kaya dan ternama . Sentiasa hidup dalam 'limelight' , ke mana-mana orang kenal . Tetapi kadangkala mereka lupa mereka terpaksa berkoban 'privasi' dan menjadi seorang yang tidak normal kerana kehidupan mereka sering diperhatikan . Realitinya bukan semua yang megimpikan glamor itu akan menjadi kenyataan. Ada yang hanya menjadi artis jalanan atau ada yang suam-suam kuku sahaja. Kalau betul-betul meletup macam Dato' Siti Nurhaliza memanglah untung. Kadangkala nasib juga tidak menyebelahi, yang tinggal hanyalah mimpi. Mimpi itu pula disalurkan kepada anak-anak mereka. Ini menyebabkan mereka mendorong anak mereka pula memilih bidang seni. Sebenarnya menjadi anak seni tidaklah semanis yang dilihat. Tanya sahaja kepada artis-artis veteran atau semi veteran. Sudah tentu mereka juga tidak mahu anak mereka mewarisi apa yang telah mereka lakukan .
Kerdipan cahaya neon memanglah lebih cantik daripada lampu kalimatang tetapi kita bileh membaca dengan jelas di bwah lampu kalimatang. Sedangkan dalam kerdipan neon, kita jarang dapar membezakan yang mana wanita sejati dan yang mana pula wanita jadian. Tidak srmesrltinya yang kelihatan cantik dan elok itu permata kerana ia mungkin sekadar kaca atau plastik yang berkilau sahaja. RK pernah terbaca catatan Arwah Penghibur Negara,Abang Sudir dia berpesan,walaupun kita minat mahu mencuburi bidang seni,jangan sesekali kita lupakan pelajaran. Dia selalu percaya seseoramg itu perlu mengutamakan ilmu. Jadi walaupun kamu sudah demam mahu menjadi artis, pelajaran jangan ditinggalkan.
Itu kata-kata orang yang berbakat dan pernah menang Bintang RTM. Apatah lagi bagi mereka yang bakat pun ala-ala tapi 'berangan' lebih. Hati-hati dengan dunia yang nampak indah ini. Apapun jangan terlalu muda terpedaya dengan janji-janji palsu. 'Raja atau Ratu kapur'kerana untuk menjadi bintang ia perlu digilap dan tidak ada seorang pun dalam sejarah industri hiburan yang berjaya mencipta nama dalam sekelip mata. Bak kata orang putih, 'It takes blood and tears' untuk mencipta nama dan kekal dalam populariti. Kalau tak percaya tanya sahaja dengan Datuk' Rosham Noor atau Dato' Siti Nurhaliza.
Jadi bagi mereka yang menyimpan cita-cita untuk glamor,buatlah mengikut saluran dan secara perlahan-lahan. Semoga berjaya dan kiranya kamu mempunyai bakat dan pakej,letakkan usaha, InsyaAllah akan berjaya.
Jaga diri dan hati-hati selalu.
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment