Welcome To My Blog Thanks For Visiting

Sunday, December 22, 2013

Usah Malu Megucapkan Perkataan TOLONG, TERIMA KASIH & MAAF

Sukar sangatkah kita mahu mengucapkan TOLONG, TERIMA KASIH & MAAF? Pesan cikgu RK, Kalau orang memberi kita merasa,kalau orang berbudi kita berbahasa. Tidak kira di mana dan bila, selalunya ucapkan terima kasih kepada orang yang memberi dan membantu kita,walau sekecil mana pun pertolongan yang diberikan. Begitu juga bila orang memuji, ucapkan lah TERIMA KASIH.Bukannya'Tak de la.Tak de la'Ia bukan bermakna riak tetapi bersyukur dengan kata-kata dan pujian yang diberikan. Bukannya perlu bayar pun ucapkan tersebut.asalkan kita nengucapkan dengan ikhlas dan berikan senyuman sewaktu mengucapkannya.
  Malu?? Haha Kenapa pula harus malu kerana bila kita berterima kasih ia sebenarnya membawa kebaikan dan perkara yang baik tidak harus malu. Sedangkan memaki hamun dan mengucapkan perkataan yang tidak bagus sesama manusia tidak pula kamu malu. Rk pula yang malu bila mendengar orang mencarut dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Sekurangnya-kurangnya dengan ucapan terima kasih tersebut akan menimbulkan rasa gembira dan bahagia kepada orang yang mendengar serta dapat mengeratkan silaturahim sesama kita. Tidak percaya cubalah mempraktikkan daripada sekarang. Barulah kita akan dikatan berbudi bahasa."Anak Siapa lah tu, bagus budi bahasanya" Sekurang-kuramgnya ibu bapa mendapat pujian di atas perlakuan kita. Sejuk perut ibu yang melahirkan kita .
  RK memang cepat panas hati bila ada orang yang secara tiba-tiba mahukan sesuatu tanpa sebarang ucapan. Sekurang-kurangnya letakkan lah perkataan 'TOLONG'. Sedap sedikit didengar dan orang yang perlu melakukan perkara tersebut tidaklah rasa seperti terpaksa. Malahan dia juga gembira bila menerima ucapan terima kasih. Kita ini kalau perkataan yang baik-bauk memang sukar mahu dilafazkan, cuba orang potong kereta atau terlaggar bahu, mahu sumpah seranah yang keluar dari bibir. Lain kali kalau terlanggar orang, ucapkanlah MAAF. Sejuk sedikit hati orang yang dilanggar dan tidaklah dia melihat kamu dengan pandangan yang benggang. Cuma tiga perkataan yang mudah tetapi kita jadikan ia sebagai sesuatu yang sukar.
  Baru-baru ini Rk berkesempatan ke sebuah pusat membeli belah berhampiran rumah. Sedang Rk duduk menuggu barang, Rk melihat ada sesuatu terjatuh daripada beg tangan seoramg remaja. Seorang budak yang berhampiran mengutipnya dan serta merta memanggil remaja tersebut dan memulangkan barang yang terjatuh itu . Wahh... remaja tersebut terus berpatah balik dan dengan pamtasnya terus mengambil barangnya yang terjatuh dan terus berlalu pergi tanpa sebaran ucapan. Malahan paling tak tahan ialah dia siap menjeling tajam seolah-olah budak itu pulak yang mencuri barangnya. Memang panas hati Rk melihat aksinya  sudahlah tidak tahu berterima kasih sebaliknya mempunyai anggapan buruk kepada budak yang membantunya. Terpinga-pinga Rk melihat budak itu. Hati Rk berkata,kuranag ajar sungguh remaja tersebut, apakah mak dan bapanya tidak mengajar dia berbudi bahasa? Ish2. Itu baru Rk, belum lagi mata-mata lain yang melihat kejadian yang sama. Ia memberi persepsi yang sungguh biadab. Hairankan orang sekarang? Bila seseorang memberi susu,  dibalas dengan tuba, tanpa rasa bersalah.
  Bukankah kita sering diajar bila diberi sesuatu, kita harus berterima kasih. Sedih Rk melihat lunturnya budi bahasa orang selarang . Apalah salahnya kita mengucapkan terima kasih buat orang yang membantu. Mereka bukan meminta pun tapi sekadar berbudi bahasa. Bukankah sejak dari kecil lagi kita diajar untuk berterima kasih tetapi kita sendiri yang melupakannya.
  Bila kita tidak tahu berterima kasih, kita tergolong dalam manusia yang sombong. Tentu sahaja kita tidak mahu dilabelkan sebagai sombong. Pernahkah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, apatah lagi Tuhan kerana memberi kehidupan yang sempurna rezeki yang halal dan segalanya keindahan dalam hidup kita. Adakah kita sedar bahawa apa yang dinikmati hari ini adalah rahmat dan sekiranya seseorang tidak tahu berterima kasih, dia bukanlah seorang yang bersyukur. Tuhan pun sayang kepada oramg yang bersyukur. Jadi kita harus memjadi seorang yang tahu bersyukur. Bersyukur itu penting kerana bila kita tahu bersyukur , kita tahu menghargai apa yang kita ada .
  Mulai daripada sekarang cuba sentiasa basahkan lidah korang tiga perkataan tersebut. Insya-Allah komunikasi sesama kita akan menjadi lebih mudah. Sebenarnya kenapa kita sukar mengucapkan perkataan-perkataan ini secara terbuka adalah kerana kita mempunyai EGO yang tinggi. Buang sedikit ego korang apatah lagi dengan teman-teman sebaya atau mereka yang.lebih muda daripada korang . Sebaliknya dengan orang tua tahu pula kamu harus tahu berbasa basi.
  Sebagai manusia sudah tentu kita tidak sempurna, ada ketikanya apa yang kita buat tidak betul, jadi tidak salah kita meminta maaf . Apa yang mahu dilakukan oleh orang lain, minta dengan.perkataan tolong dan bila telah sempurna sesuatu tugasan, ucapkanlah terima kasih. Buat apa malu untuk meminta maaf? Tidak akan jatuh harga diri seseorang dengan meminta maaf atau berkata tolong. Malahan orang lebih ramai rela membantu dengan ikhlas bila kita berbudi bahasa.Sekali kita menolong dan sekali kita meminta pertolongan. Ingatlah. Kita hanya punya dua tangan dan kaki sahaja dan tidak boleh membuat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mahu meminta pertolongan, tidaklah kita malu. Hidup ini umpama tarik tali, ada masa kita ke depan dan ada masa kita ke belakang. Bila kita saling bantu membantu barulah hidup membawa berkat.
  Menjadi orang yang pentingkan diri sendiri sahaja tiada berkat. Nanti dibenci orang. Hulurkan tangan di waktu orang memerlukan. Jangan hanya memikirkan ganjaran dalam setiap apa yang dilakukan kerana percayalah ganjaran akan datang jua walaupun tanpa kita sedari. Tuhan Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Haruslah jangan betat mulut dalam mengucapkan tiga perkataan tersebut. Lihatlah, pasti ia akan membawa perubahan positif dalam hidup kamu. Apa pun jangan sesekali abaikan kesihatan dan keselamatan diri. Jaga diri selalu dan bersifat positif.
  Bacalag buku bagi memperkayakan minda. Terapkan budaya membaca kerana hanya orang yang berilmu sahaja yang akan menjadi pencorak dunia dan pemikir bangsa.
  Jumpa lagi ! Muah :*

No comments:

Post a Comment