Assalammualaikum
Rk mrnjadi takut bila membaca akbar setiap hari, ada sahaja berita memeranjatkan baik yang terjadi kepada remaja atau dilakukan remaja srndiri.Malahan banyak jugak kejadian sehari-harian yang membuatkan kita semakin merasakan apakah nyawa bagai sudah tiada harga? Ngeri kan bila kita bercakap mengenai hal ini, Tetapu inilah realitinya. Itu belum lagi dengan kejadian alam yang sekarang semakin meningkat. Letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami, peperangan semuanya.makin menjadi-jadi. Apakah dunia semakin tua dan akan hancur dalam waktu terdekat ? Hanya tuhan sahaja yang menpunyai jawapannya. Kita sebagai manusia atau hambanya seeloknya menjalankan kewajipan sebagai yang disuruhnya sahaja. Tidak perlu memikirkan perkara yang di luar pemikiran seseorang manusia.
Kita fikirkan sahaja mengenai ragam masyarakat sekarang. Manusia yang semakin pelbagai perangainya dan perbuatannya yang pelik-pelik. Keadaan ekonomi yang semakin bercelaru membuatkan minda juga semakin kacau. Ramai hilang pertimbangan hingga sukar untuk berfikir dengan betul. Namun sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita tidak harus hilang pertimbangan hidup. Di sinilah letaknya agama kerana manusia jika mempunyai pegangan yang kukuh pasti akan sentiasa ingat kepada penciptaNya dan setiap perkara yang berlaku kepada mereka pasti diterima dengan reda. Kita sebagai orang islam, sudah diajar sejak kecil lagi bahawa kehidupan ini ada Qada dan Qadar. Bila bertemu jalan buntu, kepadaNya kita mencari petunjuk. InsyaAllah akan ada jalan penyelesain. Permusuhan dan kematian bukan pengakhiran sebuah hidup kerana kita orang Islam percaya dunia ini hanyalah persinggahan. Mati itu pasti tetapi bukan kita memintanya. Rk takut melihat fenomena remaja sekarang. Kecewa dengan teman lelaki sikit sudah ugut bunuh diri, begitu juga kita tidak lulus peperiksaan, dimarahi guru atau bapa sudah bertekad bunuh diri. Tidak bileh langsung menerima kegagalan. Tahukah korang semua kegagalan itu yang mengajar kita melangkah lebih jauh sebenarnya. Kita belajar daripada kegagalan tersebut dan jadikan ia sebagai pengajaran yamg paling berharga. Bukan beremosi, berendam air mata dan berakhir sudah dunia kita. Ia adalah hanya sekelumit sahaja dalam hidup dan bagi mereka yang positif pasti menjadikan ia sebagai pembakar semangat.
Betul, agak sukar untuk mengumpul kekuatan namun hidup harus diteruskan. Kegagalan tidak pernah membinasakan keyakinan dalam diri seseorang itu. Ia juga bukan titik noktah kerana saya selalu berpegangan kepada sesekali gagal bukan bererti kita gagal selamanya. Rm pernah membaca petikan daripada Henry Ford, katanya,"Kegagalan itu merupakan satu kesempatan untuk mendapat peluang yang lebih baik". Ramai orang yang berjaya hari ini pernah mengalami kegagalan sesutu masa dahulu dan mereka mengubah kegagalan tersebut menjadi kejayaan. Malahan,bukan semua yang dirancang berjaya tetapi sebaliknya ada yang tiada langsung seperti yang dirancangkan.
Malah jangan sesekali mengeluarkan perkataan seperti"Sudah takdir" kerana Rk selalu percaya bahawa takdir sebenarnya boleh berubah jika kita berusaha. Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipis tidak akan datang melayang, mahu makan nasi pun pinggan nasi sudah di hadapan tetapi kalau tangan tidak digunakan nasi tidak akan masuk ke dalam mulot. Dalam apa perkara jua memerlukan usaha. Usaha pula perlu disertakan dengan doa dan ada kesungguhan. Bukan hanya tunggu buah yang tidak gugur. Kalau kita mahu berjaya dalam peperiksaan, tetapi langsung tidak mengulang kaji pelajaran dan asyik di hadapan TV sahaja, bagaimana mahu memperoleh keputusan yang bagus. Jadi jangan cemburu jika kawan atau teman yang berusaha lebih memperoleh keputsan cemerlang.
Kita manusia juga ada fobia atau trauma bila pernah gagal. Apatah lagi kegagalan tersebut bersangkutan hati dan perasaan. Ada orang fobia untuk mengambil lesen kereta asyik gagal sewaktu ujian memandu. Bukan sekali tetapi dua kali gagal tetapi tiga hingga empat kali . Sudah tentu keyakinan tergugat bila asyik gagal. Namun azam yang kuat, akan membantu kita menghadapi fobia. Ini kerana Rk.percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau kita benar-benar mahu sudah pasti kita akan berusaha keras biarpun 10kali gagal. Jangan pernah berkata"Tidak" untuk berusaha. Buangkan sikap tudak yakin dan fikiran-fikiran buruk daripada minda. Kadangkala inilah masalahnya dengan kita,asyik memikirkan perkara yang negetif sahaja . Belum mencuba tetapi sudah mengalah.
Tukar persepsi, jangan asyik melihat sudut negetif terutamanya dalam diri orang lain. Dalam apa juga perkara lihat secara positif, contohnya jika kamu ditukar kelas atau sekolah lain, jangan beranggapan kerana prestasi yang menurun sebaliknya anggaplah ia sebagai satu peluang untuk belajar perkara yang baru. Itulah sering kita diingatkan agar sentiasa bersikap positif,kecewa tidak membantu sebaliknya jadikan ia sebagai satu cabaran. Ini kerana bila kita menjadika sesuatu itu sebagai cabaran sudah tentu kita akan jayakannya sebaik munkin. Segalanya berkemungkinan tetapi jika kita kekal dengan sikap negetif, yang mengundang hanyalah penyakit sahaja. Kecewa, jangan sekali sebaiknga muhasabah diri dan lihat di mana kelemahan serta kesilapan kita, baiki dan cuba bangkit kembali. Biar berapa banyak dugaan, kegagalab dan halangan yang melanda, sekiranya semangat diri kuat, insya-Allah setiap badai pasti dapat diharungi. Dalam hidup ini akan ada waktu dan ketika di mana kita merasakan dugaan terlalu berat tetapi ingatlah Allah menduga kita kerana Dia sayangkan kita dan percaya kita mampu menempuh dugaan tersebut. Bila sesekali dikejutkan dengan sesuatu musibah, jangan hilang pertimbangan, sebaliknya bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita dan memberi ingatan buat kita sebenarnya. Baru dicubit sedikit sydah mengaduh, gagal atau berjaya itu adalah ingatan untuk kita. Jika asyik berjaya juga, kita tidak boleh bongkak atau riak sebaliknya kita harus sentiasa memanjatkan rasa syukur ke hadratNya. Apa yang dianugerahkan seeloknya dikongsi dengan orang-orang lain. Itulah namanya sedekah dan percayalah mereka yang mengamalkan sikap bersedekah ini rezekinya tidak pernah putus. Seperti biasa. Jangan lupa jaga diri, senyum selalu dan paling penting bersihkan hati dan jangan ada persepsi. Hidup ini sememangnya bukan selalu indah tetapi terpulang kepada kita untuk mengindahkannya. Jika susah hati.
Jumpa Lagi :* !
Sunday, December 22, 2013
Optimis Atau Positif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment