Welcome To My Blog Thanks For Visiting

Monday, December 23, 2013

U Jump I Jump

Opps ini bukan untuk pada yang bercinta yerr ! Ayat ini sesuai tak digunakan zaman sekarang? Hurmm kali ini Rk tak nak cerita fasal cinta tau . Tetapi tentang persahabatan. Sejauh mana kita menegenali sahabat kita. Biasanya persahabatan itu terjalin bila diri kita boleh ngam, klik atau bahasa lain boleh kamceng la dengan seseorang itu.
Ada orang suka bersahabat ramai tetapi ada juga majoriti mungkin sekadar cukup untuk seorang dua sahaja yang di perlukan untuk berkongsi susah senang dan suka duka.
  Adalah suatu hari kawan Rk bertanya pada Rk, kenapa lelaki dan perempuan cara mereka menjalinkan persahabatan lain? Hermm Rk agak kurang faham dengan soalan yang di ajukan pada Rk. Ialah pada Rk apa bezanya? Bukankah semua sama. Sharing Is Caring. Caring Is Loving. Betul tak?
  Bila dia cakap pada Rk."perempuan.kalau bersahabat susah nak jumpa yang jenis sanggup berkorban untuk sahabat sebagai contoh kalau sahabat dia nun jauh di sana meraikan hari lahir mesti si sahabat ini tak nak pergi,dengan alasan jauhlah, kos tinggi la dan macam-macam lagi ragamnya. Tapi itu tak la semua perempuan itu ." Kata kawan Rk lagi. Apa lagi berkerut la dahi Rk ada sedikit rasa tidak setuju dan mungkin juga setuju.
  Lagi dia menambah."Kalau lelaki pulak kalau dah bersahabat baik susah senang mesti bersama-sama. Sebagai contoh kalau si sahabat ini demam teruk atau sakit-sakit. Nak mengharapkan keluarga jauh pulak di kampung. Si sahabat inilah bersusah payah menjaga sepeti adik beradik mereka sendiri. Memaksa mereka meneman untuk makan sekadar untuk mengisi perut walaupun mulut terasa payau dan susah untuk menelan. Sanggup berjaga menjaga si sahabat sakit". Begitu setianya si lelaki kalau bila dah bersahabat. Ehh betul ke? Ada ke lelaki macam ni sekali?
  Apapun tak kisahlah lelaki atau perempuan kalau kita bersahabat pandai-pandailah kita menjaga hati sahabat kita. Jangan apabila datang waktu-waktu susah saja kita mencari sahabat kita itu. Kan tak elok tu.
  Haa lagi satu hal ini selalu berlaku. Kalau dah ada boyfriend atau girlfriend mulalah kita lupa sahabat kita yang setia dengan kita sejak bertahun lama. Kita biar dia sorang-sorang macam tu. Bila gaduh . Atau putus cinta dengan pasangan masing-masing baru kita terhegeh-hegeh mencari teman yang setelah sekian lama kita lupakan untuk meluah perasaan pada si sahabat. Untung kalau si sahabat masih sudi mendengar luahan kita tapi kalau berlaku sebaliknya macam mana . Tak ke kita merana seorang diri.
  Oleh itu. Sewaktu kita masih mempunyai sahabat ini. Hargailah dirinya. Mempunyai sahabat baik adalah sssuatu yang tak ternilai harganya. Kita haruslah peka dengan apa yang berlaku di dalam persahabatan. Harus selalu bertolak ansur. Berkomunikasi selalu juga membantu lagi menambahkan keakraban sesuatu perhubungan itu. Jangan asyik nak pentingkan diri sendiri sahaja, apa salahnya jika kita pula yang mendengar adalah lebih baik dari bercakap.
  Ada satu lagi hal. Jangan pula kita 100'/. mempercayai sahabat kita itu. Kadang-kadang ada juga sahabat yang bertopeng manusia atau berani mengambil kesempatan kepada kita dan menikam kita dari belakang . Haa jadi kita perlulah berhati-hati ataupun jangan layan orang yang sebegitu . Kes yang biasa Rk dengar seperti kekasih dirampas sahabat sendiri. Sahabat memperkosaku haa macam-macam lagi. Kan dah banyak spekulasi yang timbul tentang kebaikan dan keburukan mempunyai sahabat. Tapi apa yang penting kita perlu mempercayai diri kita sendiri. Kekadang tidak semua benda kita perlu bercerita pada sahabat. Tidak perlu juga masalah luaran dan dalaman yang tidak patut di ceritakan.
  Jadi Rk harap pandai-pandailah korang memilih kawan yang betul. Teringat pesan babah Rk . Kalau kita pandai mencari berkawan. Insya-Allah kawan itu akan mengajar kita perkara yang baik tapi kalau kita salah memilih kawan maka buruklah padahnya. Diri sendiri akan binasa. Ingat itu wahai Peminat Rk ;D sekalian jangan kita salah memilih kawan . Sama-samalah kita berdoa kita di anugerahi teman-teman yang baik dan mampu membawa kita ke jalan yang benar. Aminn .
Selamat Tinggal .
   Jumpa Lagi :* !

No comments:

Post a Comment