Saturday, August 9, 2014
Selamat tinggal Dunia Twitterku :')
Hari ini dengan resminya ku ucapkan selamat tinggal kepada TWITTER. Bukan kerana merajuk bukan juga kerana sakit hati pada seseorang tetapi masa tidak mengizinkan untuk aku terus melayari saat-saat manis bersama kawan-kawan di sana.Walaupun begitu, keseronokkan bertweet juga telah pudar bila orang-orang yang selalu kita bertweeting telah tiada atau masing-masing juga sibuk dengan tugasan harian. Juga seseorang yang saya harapkan untuk kekal sebagai kawan dalam TWITTER juga telah mengundurkan diri dan tidak berminat lagi untuk add aku sebagai kawan walaupun telah banyak usaha yang aku lakukan untuk add dia kembali.
Apa-apa pun, aku lebih rela begini, berblog dari berTWITTER yang aku rasakan aku dapat mencurahkan segala isi hatiku tanpa perlu ada gangguan dari sesiapa.
Selamat tinggal sahabat-sahabatku di TWITTER, seandainya diri kalian melintasi blog ini tanpa sengaja, followlah blog ini!ataupun follow aku di INSTAGRAM : RIEZMXNKINDX keranaaku masih active but not too :').Aku masih seperti dulu mengharapkan kasih dari seseorang yang samar-samar.Mungkin tiada pengakhiran cinta ini walaupun nanti dia akan menjadi hak seseorang kerana dia terlalu amat mengingatkan aku kepada seseorang yang pernah hadir dalam hidup ini.
Sebagai ucapan "selamat tinggal", dalam kesempatan ini kusampaikan permohonan maafku atas segala kata2 dan sikapku yg membuat hatimu terasa sakit. Selain itu, aku berterimakasih atas segala masukan dan kehangatan persahabatan darimu. Aku pun berdoa, semoga kesejahteraan, kasih-sayang Tuhan, dan karunia-Nya senantiasa dilimpahkan kepadamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment