Walaupun blog Rk sering kali dibiarkan tersandai sehingga bersawang,namun ini tidak bernakna Rk mengenepikannya langsung. Ada masanya Rk akan mengisikan entri blog dengan sesuatu yang boleh dikongsikan bersama. Walau pun masa terlalu memcemvurui Rk, namun sadaya upaya Rk akan mencari ruang untuk ber'blogging. Selain dari ber'blogging yang menjadi minat Rk di tangga ... alamak nak letak rangking ke berapa ye ? Sebab kalau letak yang teratas, nampak tak jujur pula memandangkan blog Rk selalu menyepi tanpa khabar cerita. Sorry..sorry...sorry Rk tunjukkan lagu dendangan kumpulan K-Pop terlkenal, Super Junior khas untuk you all yang sentiasa ternanti-nanti entri terbaharu Rk. Ampun maaf zahir dan batin ! .
Selain dari ber'blogging'(ranking di tangga yang tercorot) Rk lebih suka blogwalking. Ala berjalan-jalan di blog orang lain. Saja mencuvi mata,minda dan hati melihat menjenguk dan bertandang di blog-blog lain terutamanya yang aktif entrinya. Rk cukup gemar dengan blog yang penuh dengan informasi yang boleh dikongsikan bersama. Tidak kiralah mengenai perkembangan semasa,berita terkini (hiburan sensasi), motivasi fasal kesihatan, fesyen dan kecantikan,sukan,gadget dan apa sahajalah. Banyak sebenarnya blog yang Rk gemar layari,kalau nak tulis kat sini panjang lebarlah pulak. Eh ! Kenapa Rk tak letak klik 'FOLLOW'( I follow u...) dekat blog-blog tersebut? Alamat.. saja nak low profile! Motif sangat kannn ! Sebenarnya Rk lebih suka menjadi silent reader, tak perlu nak jadi as followers,cukuplah Rk letak URL blog berkenaan dalam senarai kesukaan Rk.
Sebenarnya Rk cukup kagum dengan blogger-blogger yang begitu cerdas minda dan idea mencurah-curah untuk mengetuk story dalam setiap entri blog mereka. Tak macam Rk, kena kutuk ngan kakak-kakak dan abang-abang, barulah Rk terhengeh-hegeh nak updates blog. Bagi Rk, blogger-blogger yang aktif berkongsi idea dan ilmu ini. Memang Rk tabik springlah. Dalam sehari, tak sunyi blog mereka tanpa entri terbaharu. Kalau sehari tidak ada entri, pasti ramai follow meninggalkan pelbagai mesej di bahagian komen. Seronokkan ! Boleh popular tau kalau jadi bligger ini. Lihat sahaja kehebatan si cantik manis Kak Hanis Zalikha, beliau pernah menduduki tempat yang teratas dan yang tertinggi pertama dalam pencarian di Google..(Ini kali berapa entah Rk dok puji-puji dia.. tapi ikhlas) Walaupun blog Kak Hanis lebih kepada kehidupanya,namun dia cukup bertuah kerana memiliki followers berjuta-juta lemon. Bukan itu sahaja, dia juga berjaya menjana pendapatan bersama Nuffnang. Begitu juga dengan blogger terkenal lain seperti Red Mummy dan Darkbatman. Isy.. sekali lagi Rk "Jelly" bilalah Rk hendak menjadi seaktif mereka ni! Tapi sebenarnya Rk paling suka melayan blog Che Det (Tun Mahathir Mohammad dan juga Irfan Khairi (kawan lama Rk ni!kerana terselit banyak motivasi di dalamnya
Tetapi Rk agak 'kureng' dan 'elergi' dengan blog-blog yang menghentam sana sini, berlagak bagus, riak, suka menunjuk-nunjuk dan sewaktu denganya. Blog rentetan percintaan pun Rk tak nak baca. Termasuklah blog gosip yang sumbernya entahkan sahih entahkan tidak. Terlalu banyak blog yang entah apa-apa itu. Blog yang mengundang ketidakwarasan fikiran,'Tin Kosong' dan tidak berhemah memang tidak mendatangkan minat kepada Rk untuk mengunjunginya.(Tiba-tiba Rk teringat blog si pencari hantu yang mendedahkan al-kisah dalam kain bekas orang yang kenamaan negara.. alamak.. meluatnya. Sampai dia bakal disaman hanya kerana pendedahan yang dilakukan di dalam blog miliknya!)
Bagi Rk, sebagai seorang blogger, biar pun zaman siber itu bebas tanpa sempadan, jangan sampai mengenepikan soal etika dan berhemah ketika mengisi entri. Penulisan di dalam blog melambangkan siapa diri kita. Sahsia diri kita. Keperibadian dan maruah kita. Serta sejauh mana tahap kebijaksanaan dan kewarasan kita. Jadi sejujurnya Rk ingin menyampaikan (walau Rk sedar, siapalah diri Rk untuk menasihati para blogger). Berhati-hatilah dalam setiap bait-bait perkataan yang anda titipkan. Kerana ia mungkin mempengaruhi orang lain. Dan boleh menjatuhkan maruah orang lain. Impaknya.. akan terpalit pada anda juga.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
Sunday, January 5, 2014
Antara Blogger Berhemah & Hentam Kromo
Labels:
5January2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa kau pilih jadi lembut??
ReplyDelete